HURAIAN AKTIVITI / PROJEK

* Huraian tentang tentang aktiviti,projek atau penyelesaian masalah tersebut.

Dalam aktiviti,projek atau penyelesaian masalah tersebut. Para pelajar atau murid diminta menjalankan satu penyiasatan tentang organisma dalam suatu habitat yang mereka pilih itu nanti. Para pelajar atau murid-murid boleh memilih habitat yang mereka fikirkan sesuai dengan projek itu nanti. Antara habitat yang dicadangkan sesuai adalah seperti padang rumput, taman sains, kolam,sungai, di bawah pasu bunga dan lain-lain tempat.
         Para pelajar atau murid-murid akan memerhatikan hidupan-hidupan yang terdapat dalam habitat tersebut selama 15 minit dan mencatatkan jenis tumbuhan dan haiwan yang terdapat dalam habitat tersebut. Para pelajar atau murid-murid akan membincangkan setiap peranan yang dimainkan oleh tumbuhan dan haiwan dalam habitat itu.
     Para pelajar atau murid-murid akan membina beberapa contoh rantai makanan di dalam habitat yang mereka telah pilih tersebut. Selepas membina rantai makanan,para pelajar atau murid-murid akan membuat satu siratan makanan iaitu menggabungkan beberapa rantai makanan tersebut kepada satu gabungan sahaja yang disebut sebagai Siratan Makanan. Dalam aktiviti ini kad imbasan akan digunakan,ianya terdiri daripada pengeluar dan pengguna. Guru akan menerangkan siapakah pengeluar?Siapakah pengguna?Selain daripada itu juga murid- murid akan diterangkan tentang istilah-istilah sains iaitu seperti herbivor,karnivor,omnivor, primer,sekunder dan tertier.
           Secara kesimpulannya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang seperti di atas adalah lebih kepada projek.Ini kerana para pelajar atau murid-murid akan melakukan penyiasatan tentang hubungan antara hidupan yang terdapat dalam sesuatu habitat. Hubungan ini merujuk kepada hubungan makanan iaitu Rantai makanan.Selepas para pelajar atau murid - murid menyiapkan projek mereka. Pembentangan dihadapan kelas akan dilakukan terhadap hasil dapatan mereka. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan sikap bekerjasama dalam kumpulan selain daripada menanamkan sikap berdikari dan yakin kepada diri sendiri secara amnya.